WELCOME

Sunday 14 April 2019

Diet

Siapa disini pernah nak diet tapi bila nak start jer ada jer macam macam makanan bermain dalam fikiran. Kadang-kadang rasa sampai putus asa nak kurus. Macam cik moon hari tu dah start diet atkins tapi sampai jer hujung minggu diet kelaut. Bukan apa en suami tu asyik runtuhkan semangat cik moon utk diet. Cik Moon pun tak sampai hati nak biarkan dia makan sorang sorang. Adoii tu la kan naluri seorang isteri. Redha je la.. Tapi ... Cik moon nak bertekad dah hari ni bermulasaat ni selepas Cik Moon membedal nasi berlauk dan secawan nescafe, Cik Moon tekad dah nak berdiet. Sebab tu lah Cik Moon karang ayat kat blog ni sebagaisaksi kawan kawan kat blog (Hahahahha)

Cik Moon akan bagi gambar cik moon yang sebelum ni untuk korang nilai jadi ke tak jadi diet cik moon. So today cik moon nak decide diet apa yg cik moon akan buat. Rasanya cik moon nak pilih diet atkins lah. Sebab sebelum ni cik moon buat diet atkin turun la jugak 4 kg dalam masa 2 minggu. https://drive.google.com/uc?export=view&id=1utA5YtNFU_pdtiDdI1o7usgl4dmgZRvs
Nampak tak lengan bodybuilder tu? Masyaallah..

So lets do it!! Hahaha.. Jom sama sama kita doakan sesama kita supaya diet kita ni menjadi sebelum raya insyaallah. Cik moon dah penat dah dengan badan berisi ni lepas melahirkan baby comel cik moon yg seberat 3.25kg ni . Nik Noah Anaqi bin Nik Afandi. Lepas jer bersalin berat Cik Moon hanya turun 4 kg jer. Baby Noah pun dah nak masuk 8 bulan. Perut Cik moon pun tak turun-turun lagi. Alahai...
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ROFghixjuHYIjDXP40dJEfHA827xeHk5
Demi Mu sayang ibu naik berkilo kilo

Okey  lah kita tengok lagi seminggu Cik Moon updatepasal berat Cik Moon. Hari ni timbang berat Cik Moon 66.6kg (15 April 2019). See u next time ..

No comments:

Post a Comment